"Eh..ada gred C la! Memang dapat lima je la ni" kataku dalam hati apabila melihat bahagian bawah slip keputusan peperiksaan itu.
"Tahniah...awak dapat 8A 1C" kata Cikgu Wiwi.
"Ya Allah..saya dapat 8A cikgu? Alhamdulillah.." bergenang air mataku saat itu. Manakan tidak, yang diharapkan cuma lima. Ah..tak sabar rasanya nak beritahu ibu dan ayah.
Setelah itu, aku mula bersalam dengan rakan-rakanku. Selepas ini, mungkin sukar untuk bertemu dengan mereka memandangkan aku terpaksa berpindah ke daerah lain yang jauh dari sini. Rasa begitu sayang untuk meninggalkan sekolah yang telah memberiku banyak ilmu selama tiga tahun ini.
Sedang aku melayan rasa sayu, tiba-tiba datang Ida, rakan sejak sekolah rendah.
"Hai Nini. Apa khabar?" kata Ida.
"Sihat je..Alhamdulillah" jawabku.
"Dengar kata kau dah pindah eh?"
"Ha'ah..aku pindah lepas PMR hari tu."
"Oh..ni ada pesanan daripada Omar" Ida berkata sambil menghulurkan secebis kertas kepadaku.
"Dia pesan suruh kau contact dia. Dia tak tahu pun kau dah pindah"
Aku tersentak mendengar namanya. Namun kusambut juga huluran kertas itu.
"Thanks Ida. Aku nak balik dulu ni. Panjang umur, jumpa lagi"
"Yelah..kau jaga diri baik-baik tau. Nanti contact-contact la.."
"Insya-Allah.." jawabku.
Setelah itu, aku berjalan perlahan menuju ke kawasan parkir kereta di mana ayah dan ibu sedang menunggu dengan debaran di dada. Sambil berjalan, aku melihat kertas yang diberikan oleh Ida tadi. Rupa-rupanya nombor telefon Omar.
Teringat situasi sebelum berpindah dahulu. Aku memang berazam tidak mahu memberitahunya lantaran rasa kecil hati. Dalam hati aku berbisik 'Ingatkan aku takkan dapat berhubung dengan kau lagi.' Namun, kusimpan juga kertas itu di dalam beg. Tapi kalau tak simpan pun tak apa. Setakat tujuh nombor tu, boleh je aku ingat dalam masa yang singkat. Lebih-lebih lagi sebab itu nombor telefon Omar. Entah kenapa aku terlalu mudah untuk mengingati segala-galanya tentang dia.
Tidak sedar aku semakin menghampiri kereta ayah. Kupamerkan riak wajah biasa. Tidak gembira, tidak sedih. Sampai di kereta, dengan tidak sabar, ibu bertanya. "Macam mana resultnya?"
Aku senyum je dan tanpa sepatah kata, aku hulurkan slip keputusan itu.
"Alhamdulillah..anak kita dapat 8A bang.." Ibu berkata dengan penuh kesyukuran. Jelas riak kegembiraan di wajahnya.
Cepat-cepat aku menukas "Tapi ada 1C lah ibu..hehe"
"Tak apalah..subjek yang dapat C tu memang Nini tak minat pun dari dulu.." Ibu menjawab.
Hehe apa boleh buat, subjek Bahasa Arab tu memang aku tak dapat nak bawa. Masa mula-mula masuk Form One dulu memang excited nak belajar Bahasa Arab. Tapi masuk pertengahan Form One, minat tersebut hilang sedikit demi sedikit. Bagiku subjek Bahasa Arab tersangatlah susah. Mungkin juga aku mengalami masalah dalam menguasai bahasa asing, selain Bahasa Melayu.
Ahh tak kisahlah..Yang penting masuk Form four ni nanti aku tak mahu ambil Bahasa Arab. Itu tekadku.

No comments:
Post a Comment