20 May 2019

Ramadhan Tahun Ketiga

Tahun ni baru dapat duduk as a family because before this we were PJJ..huhu
But my PJJ story tak berapa nak sedih lah..
Since I duduk dengan my parents.
Alhamdulillah...
Berbela makan, minum, pakai, anak..hehe

And Ramadhan 14 dapat peluang iftar kat luar.
Before that ada plan iftar kat mcD. Tapi..ramainya umat manusia!
Mungkin sbb masa tu Hari Guru..Ramai cikgu nak guna kupon khas Hari Guru..
haha so end up take away je. Makan kat rumah.

So here we are..
Berangan poket tebal
Iftar kat Secret Recipe =D

Our Little Family =)

Macam tengah tengok dokumentari

Konon order kids meal. Last2 mama & ayah jgk yg kena habiskan..
My Big Potion of Golden Crispy Chicken. Kenyang weh..Alhamdulillah

Si kecik ni paling bahagia sekali. Nampaklah gembiranya tu.. Satu SR tu tahu nama dia Amir.

Bajet poket tebal kan..sebenarnya bayar guna kad kredit CIMB. Huahuahua. Yg bestnya siap dapat free 1 piece cake. Yeah..I kan cake lover =D

08 May 2019

I'm back! Haha


I'm back after err almost seven years?

Apelaa
Orang buat blog
Kau pun nak buat blog.
Lepas tu orang rajin update blog, kau rajin baca blog orang je!

Banyaknya moment yang dah terlepas.
So within 7 years.
Macam-macam status dah bertukar ganti
Single
Fiancee
Married
A Mother of a son
and soon
A Mother of 2 sons

Alhamdulillah..

Tu kat atas tu, gambar anak sulung yang bertuah sangat.

Okay..first post after keep silent for long time takleh panjang2 sangat.
Nanti takut masuk mood mute balik =P


17 December 2012

Sabar @ Patient

Dulu...aku ingat patient merujuk kepada pesakit je.
Pelik sangatlah bila jumpa ayat macam ni dalam cite omputeh:

"You need to be patient!" 
Masa tu aku translate ayat tu jadi "Awak perlu jadi pesakit!"
Dah kenapa pulak tibe-tibe suruh jadi pesakit ni???

Bila dah besor sikit, baru tahu..patient ada 2 maksud..
Pesakit atau sabar.

Cakap pasal sabar.
Terus terang, aku ni bukanlah jenis penyabar.



Tak keterlaluan kalau nak kata aku ni pemarah orangnya. Mungkin menurun daripada ayah kot. Sebab kalau ibu, dia jenis cool  je..Dia jarang nak marah tak bertempat ni..

Tapi hasil perkembangan fizikal aku seiring dengan perkembangan mental.
Ditambah pula dengan pergaulan bersama rakan-rakan dan beberapa orang yang 'agak rapat'.
Membolehkan aku belajar erti kesabaran dalam hidup.


Di sini, aku ingin berkongsi tentang beberapa orang insan yang telah mengajarku untuk bersabar..

1. Ibuku
For sure..ibu adalah contoh terbaik dan terdekat untuk mengajar erti kesabaran. Cara dia handle problem membuatkan aku sangat-sangat menyanjungi ibu. Ibu sangat tidak cepat melatah. Masa kecil-kecil dulu ada juga dia marah aku & abang. Tapi sekarang marahnya sangat dapat dikawal.
Ibu ni orangnya lurus. Tak mudah berprasangka kat orang. Ramai je orang yang cari pasal dengan dia. Tapi biasanya dia terima je. Kalau dia tak tahan pun, dia akan menjawab tapi dengan cara berhemah. Tapi...walaupun ibu contoh terbaik dan terdekat, aku sukar untuk ikut sifat ibu yang satu ni. Tak tahulah kenapa...

2. Kawan baikku, Tanana namanya .
Sepanjang perkenalan aku dengan dia, pernah sekali je dia tengking kat aku.
Itupun sebab aku cari pasal dengan dia.
Selain daripada tu, memang tak ada.
Mungkin sebab dia jenis positif. Jadi bila orang buat salah kat dia, dia akan cuba fahami, kenapa orang tu buat macam tu. Dia akan letak diri dia kat tempat orang tu. Jadi dengan cara tu, dia dapat meredakan rasa nak marah.
Specialnya dia ni, ramai sangat orang yang suka berkawan dengan dia. Baik lelaki mahupun perempuan. Kitorang pernah terjumpa seorang pakcik jual batu-batu buat cincin masa zaman belajar dulu. Dia pernah cakap secara tiba-tiba kat Tanana, "Kau ni untung. Ramai orang sayang". =)

3. Kawan baik lagi. Zara
Aku kenal Zara masa belajar di maktab. Mula-mula aku takut dengan dia ni. Sebab muka dia garang sangat. Dia ice. seminggu masuk maktab, dia tak campur orang sangat. Masuk first year degree baru aku start okay dengan dia..
Orang selalu nampak dia jahat. Mungkin sebab mulut dia yang cakap agak lepas. Tapi sebenarnya, hati dia sangat baik. Sumpah! Aku tak pernah jumpa kawan yang luar nampak keras tapi sebenarnya hati dia baik sangat. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan kawan-kawan yang dia sayang. Orang yang tak kenal dia betul-betul mungkin akan cop dia annoying.
Dia ni pun penyabar orangnya. Marah macam manapun dia dengan kawan, dia akan senyap. Dia TAK akan serang kawan dia balik even dia kena sembur teruk sangat.
Aku pernah buat salah dengan dia. Kesalahan yang agak besar..sampai dia kena sembur dengan orang gila-gila. Tapi sikitpun dia tak serang aku balik. Dia kata memangla dia rasa marah..Tapi benda nak jadi kan..
Jadinya aku malu & rasa bersalah sendiri. Setiap kali kalau ingat cerita tu balik, mesti aku minta maaf kat dia.  Sampai sekarang kot rasa bersalah.

4. Kawan lagi Puteri
Kawan aku sorang ni memang jaaaaarang marah. Dia redha je dengan apa yang orang buat kat dia. Dia lebih kurang macam Zara..Tapi versi memendam rasa seorang diri. Kadang-kadang kesian tengok dia..Dia selalu gak menangis sorang-sorang. Aku..kalau ada masa, memang aku akan buat sesi-kaunseling dengan dia.
Walaupun dia ni penyabar sangat-sangat, tapi dia ada keburukan juga..
Dia suka salahkan diri sendiri..walaupun salah tu bukan salah dia.
Puteri..Puteri..aku harap dia akan keluar sedikir demi sedikit daripada-kepompong-suka-salahkan-diri-sendiri..

5. Seorang yang pernah rapat. Plum
Aku pernah rapat dengan dia. Tapi tak lama..Tapi dia antara penyumbang kepada peningkatan tahap kesabaran aku. Tak banyak boleh cerita pasal dia. Nanti rasa sakit.

6. Seorang yang rapat sehingga kini. Ray
Aku baru kenal dia. Sehingga entri ini ditulis, belum setahun pun aku kenal dia. Tapi dia yang aku kenal, sangat cool orangnya. Aku tak ramai kawan rapat lelaki. Dan lelaki yang aku kenal adalah antara golongan yang tak berapa nak sabar. Jadi aku kagum dengan sifat dia yang cool  tu.
Pernah dia menunggu aku hampir enam jam. Tapi sikit pun dia tak marah..even muka dia nampak letih sangat. Dan sungguh, aku rasa terharu gila masa tu.


Konklusinya, kalau kita nak jadi orang yang penyabar, berkawanlah dengan orang-orang yang sabar. Dan..jangan pula kita ambil kesempatan di atas kesabaran mereka itu. =)



16 December 2012

Dia di Hati : 1

"Eh..ada gred C la! Memang dapat lima je la ni" kataku dalam hati apabila melihat bahagian bawah slip keputusan peperiksaan itu.

"Tahniah...awak dapat 8A 1C" kata Cikgu Wiwi.

"Ya Allah..saya dapat 8A cikgu? Alhamdulillah.." bergenang air mataku saat itu. Manakan tidak, yang diharapkan cuma lima. Ah..tak sabar rasanya nak beritahu ibu dan ayah.


Setelah itu, aku mula bersalam dengan rakan-rakanku. Selepas ini, mungkin sukar untuk bertemu dengan mereka memandangkan aku terpaksa berpindah ke daerah lain yang jauh dari sini. Rasa begitu sayang untuk meninggalkan sekolah yang telah memberiku banyak ilmu selama tiga tahun ini.

Sedang aku melayan rasa sayu, tiba-tiba datang Ida, rakan sejak sekolah rendah.

"Hai Nini. Apa khabar?" kata Ida.

"Sihat je..Alhamdulillah" jawabku.

"Dengar kata kau dah pindah eh?"

"Ha'ah..aku pindah lepas PMR hari tu."

"Oh..ni ada pesanan daripada Omar" Ida berkata sambil menghulurkan secebis kertas kepadaku.

"Dia pesan suruh kau contact dia. Dia tak tahu pun kau dah pindah"

Aku tersentak mendengar namanya. Namun kusambut juga huluran kertas itu.

"Thanks Ida. Aku nak balik dulu ni. Panjang umur, jumpa lagi"

"Yelah..kau jaga diri baik-baik tau. Nanti contact-contact la.."

"Insya-Allah.." jawabku.

Setelah itu, aku berjalan perlahan menuju ke kawasan parkir kereta di mana ayah dan ibu sedang menunggu dengan debaran di dada. Sambil berjalan, aku melihat kertas yang diberikan oleh Ida tadi. Rupa-rupanya nombor telefon Omar.

Teringat situasi sebelum berpindah dahulu. Aku memang berazam tidak mahu memberitahunya lantaran rasa kecil hati. Dalam hati aku berbisik 'Ingatkan aku takkan dapat berhubung dengan kau lagi.' Namun, kusimpan juga kertas itu di dalam beg. Tapi kalau tak simpan pun tak apa. Setakat tujuh nombor tu, boleh je aku ingat dalam masa yang singkat. Lebih-lebih lagi sebab itu nombor telefon Omar. Entah kenapa aku terlalu mudah untuk mengingati segala-galanya tentang dia.

Tidak sedar aku semakin menghampiri kereta ayah. Kupamerkan riak wajah biasa. Tidak gembira, tidak sedih. Sampai di kereta, dengan tidak sabar, ibu bertanya. "Macam mana resultnya?"

Aku senyum je dan tanpa sepatah kata, aku hulurkan slip keputusan itu.

"Alhamdulillah..anak kita dapat 8A bang.." Ibu berkata dengan penuh kesyukuran. Jelas riak kegembiraan di wajahnya.

Cepat-cepat aku menukas "Tapi ada 1C lah ibu..hehe"

"Tak apalah..subjek yang dapat C tu memang Nini tak minat pun dari dulu.." Ibu menjawab.

Hehe apa boleh buat, subjek Bahasa Arab tu memang aku tak dapat nak bawa. Masa mula-mula masuk Form One dulu memang excited nak belajar Bahasa Arab. Tapi masuk pertengahan Form One, minat tersebut hilang sedikit demi sedikit. Bagiku subjek Bahasa Arab tersangatlah susah. Mungkin juga aku mengalami masalah dalam menguasai bahasa asing, selain Bahasa Melayu.

Ahh tak kisahlah..Yang penting masuk Form four  ni nanti aku tak mahu ambil Bahasa Arab. Itu tekadku.


Dia di Hati : 2

Entah kenapa hatiku berdebar-debar menunggu panggilan dijawab. Bukan tak pernah cakap dengan dia. Tapi kali ni lain rasanya. Mungkin sebab aku rasa bersalah dengannya. 

"Assalamualaikum. Helo." suara di sana menjawab. Suara lelaki. Suara Omar! Aku cukup kenal dengan suaranya.

"Err waalaikumussalam. Boleh cakap dengan Omar?" Walaupun kenal suara, kena juga ambil langkah berjaga-jaga kan. Kadang-kadang telinga ni pandai juga buat trick.

"Ni Omar. Ni siapa? Nini ke?" Oh!! Dia cam suara aku. Terus hatiku rasa berbunga-bunga.

"Ha..ni aku la ni. Kau sihat Mar?" langsung berubah nada aku. Terbang sudah rasa bersalah. Hehe

"Sihat je..Alhamdulillah. Kenapa kau pindah tak beritahu aku? Aku siap lalu depan rumah kau tau."
direct Omar menembak aku.

Aku terdiam selama lima saat lalu menjawab "Sorry.."

"Takpela..kau amacam? Sihat?"

"Sihat juga..hihi. Macam mana result ko? Mesti best kan?"

"Biasa je la.."

Omar....biasa pada dia memang sangat luar biasa lah pada aku.

"Biasa tu macam mana? Beritahula.."
"Result kau macam mana?" Dia cuba berdalih.

"Aku tak pandai macam kau..dapat 1C"

"Lagi?"

"8A"

"Ha...okehla tu!!"

"Tapi ada C kan..Kau dapat apa? Beritahulah"

"Aku sama macam kau la..8A. Apa yang kau C?

"Bahasa Arab. Huhu"
"Hahahah padan muka kau. Siapa suruh ambil Bahasa Arab!"

Okeh..di situ dia sangat jahat kerana mentertawakan aku tanpa rasa bersalah. Rasa geram juga. Tapi sebab yang cakap tu Omar. Jadi aku tak ambil hati pun.

Seterusnya, aku berbual dengan dia di public phone. Ada dalam 15 minit juga aku bercakap. Yang penting, lepas cakap dengan dia, aku rasa gembira. 


15 December 2012

Warna-warna itu indah

Setiap orang ada warna kegemaran yang tersendiri. =)



Aku sangat suka purple & pink.
Kalau pergi kedai tu, yang nampak cantik kat mata ni biasanya 2 warna ni lah..
Sampai kadang-kadang ibu naik stress! hehe
Sebabnya...ibu TAK SUKA kaler purple. Pada dia purple tu kaler lebam.
Dia suka merah!!

Sebenarnya warna kegemaran ni sedikit-sebanyak melambangkan personaliti kita jugak.
Contohnya macam ni:

Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.
Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.
Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.
Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.
Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.
Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.
Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.
Kuning terang – Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.
Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.
Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.
Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.
Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.
Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

(sumber: http://doktorcintaz.wordpress.com/category/rahsia-personaliti/)

Macam-macam lah kan..
Ada orang pulak suka warna-warni.
Pada aku, warna-warni menunjukkan seseorang tu riang, ceria. =)


14 July 2009

Membuat RPH/LP

Sem ni memang penuh cabaran.
Minggu pertama pun da stat rasa pressure..
and skg, da nk sebulan..
Mmg terasa "pressure" ny...
Dengan keje yang x putus2..
Dengan kelas yg asek perlu diganti..
Agak kelam kabut..
Tapi Alhamdulillah..stkt ni blh catch up lg la...

Hmm ape pun,
perkara yg paling best ialah...Belajar buat Rancangan Pengajaran Harian (RPH)/Lesson Plan (LP).
Means that da stat kena pikir mcm seorg cikgu.
Before ni juz belajar je..
Belum tbukak minda sgt...
Huhu

Tapi.....
Bukan senang buat RPH/LP!!
Gle susah...
lebih2 lagi nk memenuhi beberapa syarat & kriteria tertentu...
Tahap pecah kepale jgkla..
watevapun, kne sabar..tabah..
bukan aku sorang yg menghadapi semua ni kan..
Sume org yg masuk IPGM kene hadap benda ni sume..
If they can do...why don't me?

Pentrelin da Bomb!!!!


Aku memang tak pernah suka dengan aktiviti lasak.
Tapi, sepanjang waktu belajar, ni lah sekali aku join aktiviti lasak dengan rela hatinya. 
Sebab? Mula-mula penganjur kata ni aktiviti Treasure Hunt. So, tade masalah di situ. Aku bayangkan..Treasure Hunt mestilah macam jawab kuiz, cari barang tersembunyi..takdela penat sangat kan..
Maka, aku dengan semangatnya memujuk 4 orang lagi kawan untuk join dan membentuk group Pentrelin. =)
Ni lah kawan-kawan yang telah menjadi 'mangsa' aku..Kesian diorang...

Zana, Kak Siti, Oshin, Liya & Teha

Oh ye...Kenapa nama group ni Pentrelin??? Agak pelik nama itu.
Sebenarnya perkataan tersebut adalah gabungan PENTagon (5 sides polyhydra) + adreNALIN (sejenis hormon yang akan dirembeskan apabila manusia merasa terlalu gembira atau excited).
Secara simboliknya, nama Pentrelin tersebut mewakili aku dan kawan-kawan yang begitu bersemangat untuk memasuki pertandingan Treasure Hunt nih. 
Sempat bergambar sementara menunggu aktiviti bermula =)



Lakonan semata

Mula-mula memang semangat sangatlah nak join Treasure Hunt nih..
Tapi bila menempuhi satu demi satu Task yang diberi, dah mula rasa stress sampai macam2 perkataan kurang sopan keluar dari mulut. Sebab apa? Sebab aktiviti ni LANGSUNG tak macam Treasure Hunt. Tapi macam Explorace!!

Antara Task yang agak 'gila' yang TERPAKSA aku dan kawan-kawan tempuh adalah: 


1. Seluk tgn dlm tin biskut yg dipenuhi lumpur utk mendapatkn Task 1

Oh ye...kitorg juge tlh diberi brg amanah yg merupakan:
SEKEPING BISKUT HUP SENG
brg amanah ni perlu dijaga supaya x patah riuk or hancur berkecai.
maka ak tlh volunteer utk menyimpn 'barang amanah' tersebut di dalam.....anak tudung!


2. Mcm kne baca pantun..Mase ni...kitog kena pergi kat area Anjung Tadbir, cabut 1 pantun & kena baca sama2...
Pastu dia bagi kitorg tali rafia.
Ingatkan nak kne buat ap...Rupe2ny...kitorg kne ikat kaki....5-5 kaki.
Then, kena berjalan ke area belakang kelas TESL yg ada pokok mempelam. 
Masalah kat sni bile kitorg kne bukak tali tu...sbb of cosla ikat mati je kan..
Aku blh lupe...my bro ad pesan b4 ni...kalo nk putuskn tali rafia, kne gune tali rafia jugak..

3. ...kne buat lagu dgn menggunakan perkataan n melodi yg diberi...
Mase tu..kitorg dpt word JARUM n lagu TEMAN TAPI MESRA.Maka...lagunye berbunyi begini:

"Aku punya jarum..
Jarum yg sangat tajam
Ke mana aku pergi
aku selalu bawa jarum"

hehe...bile igt balik, mmg boleh senyum sorang2 la....


4. Pastu...kne berlari mcm orang gile...pegi kat BISA (surau).
sampai kat situ, kitorg dpt 5 bungkusan..mcm yg ada gula2 n coklat.
Kitorg dikehendaki utk jual bende tuh, x kire ngn apa care...asalkan dpt RM 10.
Maka...mse tu kebetulan ada jualan kat area koridor
Liya dgn yakinny tlh pergi kpd Ijat n meminta Ijat duit RM 10.
Liya kata..."Thanks sgt Ijat!! "
Yg paling ak igt...Liya cium pipi Ijat!
hahahaha...
mse tu sume org tgk n sume tepuk tgn!

5. Dah dapat duit, kena g surau...n ktorg diberi cabaran yg paling ak x ske.
CABARAN MAKAN-MAKAN.

ad lima makanan yg diberi:
i) Sebiji jering
ii) Sebiji tomato
iii) Sebiji telur ayam mentah yg telah dipecahkan
iv) Secawan air kop
iv) Secawan air asam yg dicampur dengan garam
Yang paling teruk, yg nombor (iii) tu la...
Ape pun...mmg kitorg bekerjasama makan.
N honestly~~~pastu perut mmg rase bergelodak jgk la...
especially sbb 'minum' telur ayam tuh.
bile igt balik....Euwww....sumpah pasni xnak join lg bende mcm nih!

6. Da beriye makan tuh...Kena berlari plak g Anjung Hikmah...kat area round about tuh.
Kat situ lg haru...kne cari cili padi dalam tepung.
haila~~~bagi ak yg mmg tak suke aktiviti seumpama e2, mmg ad rs sikit menyesal la...
tp...buat jugak...hehe

Pastu...kitorg pn berlari pegi k tmpat asal kitorg berkumpul td...
Mase tu serius penat!
tp best la~~~!!
huhu

Honestly, mmg enjoy n release tension.
Dpd 10 kumpulan yg ada, kitorg dpt tempat ketujuh.
Ok la kn...=)

Maka kat sini, suke sgt nk ucapkan terime kasih yg x terhingga kat Teha, Liya, K.Siti n Zana sbb same2 join aktiviti tuh..
Insya Allah smpai bile2 pun aku xkan lupekan kawan-kawan aku ni ~ =)

~~P.E.N.T.R.E.L.I.N~~