17 December 2012

Sabar @ Patient

Dulu...aku ingat patient merujuk kepada pesakit je.
Pelik sangatlah bila jumpa ayat macam ni dalam cite omputeh:

"You need to be patient!" 
Masa tu aku translate ayat tu jadi "Awak perlu jadi pesakit!"
Dah kenapa pulak tibe-tibe suruh jadi pesakit ni???

Bila dah besor sikit, baru tahu..patient ada 2 maksud..
Pesakit atau sabar.

Cakap pasal sabar.
Terus terang, aku ni bukanlah jenis penyabar.



Tak keterlaluan kalau nak kata aku ni pemarah orangnya. Mungkin menurun daripada ayah kot. Sebab kalau ibu, dia jenis cool  je..Dia jarang nak marah tak bertempat ni..

Tapi hasil perkembangan fizikal aku seiring dengan perkembangan mental.
Ditambah pula dengan pergaulan bersama rakan-rakan dan beberapa orang yang 'agak rapat'.
Membolehkan aku belajar erti kesabaran dalam hidup.


Di sini, aku ingin berkongsi tentang beberapa orang insan yang telah mengajarku untuk bersabar..

1. Ibuku
For sure..ibu adalah contoh terbaik dan terdekat untuk mengajar erti kesabaran. Cara dia handle problem membuatkan aku sangat-sangat menyanjungi ibu. Ibu sangat tidak cepat melatah. Masa kecil-kecil dulu ada juga dia marah aku & abang. Tapi sekarang marahnya sangat dapat dikawal.
Ibu ni orangnya lurus. Tak mudah berprasangka kat orang. Ramai je orang yang cari pasal dengan dia. Tapi biasanya dia terima je. Kalau dia tak tahan pun, dia akan menjawab tapi dengan cara berhemah. Tapi...walaupun ibu contoh terbaik dan terdekat, aku sukar untuk ikut sifat ibu yang satu ni. Tak tahulah kenapa...

2. Kawan baikku, Tanana namanya .
Sepanjang perkenalan aku dengan dia, pernah sekali je dia tengking kat aku.
Itupun sebab aku cari pasal dengan dia.
Selain daripada tu, memang tak ada.
Mungkin sebab dia jenis positif. Jadi bila orang buat salah kat dia, dia akan cuba fahami, kenapa orang tu buat macam tu. Dia akan letak diri dia kat tempat orang tu. Jadi dengan cara tu, dia dapat meredakan rasa nak marah.
Specialnya dia ni, ramai sangat orang yang suka berkawan dengan dia. Baik lelaki mahupun perempuan. Kitorang pernah terjumpa seorang pakcik jual batu-batu buat cincin masa zaman belajar dulu. Dia pernah cakap secara tiba-tiba kat Tanana, "Kau ni untung. Ramai orang sayang". =)

3. Kawan baik lagi. Zara
Aku kenal Zara masa belajar di maktab. Mula-mula aku takut dengan dia ni. Sebab muka dia garang sangat. Dia ice. seminggu masuk maktab, dia tak campur orang sangat. Masuk first year degree baru aku start okay dengan dia..
Orang selalu nampak dia jahat. Mungkin sebab mulut dia yang cakap agak lepas. Tapi sebenarnya, hati dia sangat baik. Sumpah! Aku tak pernah jumpa kawan yang luar nampak keras tapi sebenarnya hati dia baik sangat. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan kawan-kawan yang dia sayang. Orang yang tak kenal dia betul-betul mungkin akan cop dia annoying.
Dia ni pun penyabar orangnya. Marah macam manapun dia dengan kawan, dia akan senyap. Dia TAK akan serang kawan dia balik even dia kena sembur teruk sangat.
Aku pernah buat salah dengan dia. Kesalahan yang agak besar..sampai dia kena sembur dengan orang gila-gila. Tapi sikitpun dia tak serang aku balik. Dia kata memangla dia rasa marah..Tapi benda nak jadi kan..
Jadinya aku malu & rasa bersalah sendiri. Setiap kali kalau ingat cerita tu balik, mesti aku minta maaf kat dia.  Sampai sekarang kot rasa bersalah.

4. Kawan lagi Puteri
Kawan aku sorang ni memang jaaaaarang marah. Dia redha je dengan apa yang orang buat kat dia. Dia lebih kurang macam Zara..Tapi versi memendam rasa seorang diri. Kadang-kadang kesian tengok dia..Dia selalu gak menangis sorang-sorang. Aku..kalau ada masa, memang aku akan buat sesi-kaunseling dengan dia.
Walaupun dia ni penyabar sangat-sangat, tapi dia ada keburukan juga..
Dia suka salahkan diri sendiri..walaupun salah tu bukan salah dia.
Puteri..Puteri..aku harap dia akan keluar sedikir demi sedikit daripada-kepompong-suka-salahkan-diri-sendiri..

5. Seorang yang pernah rapat. Plum
Aku pernah rapat dengan dia. Tapi tak lama..Tapi dia antara penyumbang kepada peningkatan tahap kesabaran aku. Tak banyak boleh cerita pasal dia. Nanti rasa sakit.

6. Seorang yang rapat sehingga kini. Ray
Aku baru kenal dia. Sehingga entri ini ditulis, belum setahun pun aku kenal dia. Tapi dia yang aku kenal, sangat cool orangnya. Aku tak ramai kawan rapat lelaki. Dan lelaki yang aku kenal adalah antara golongan yang tak berapa nak sabar. Jadi aku kagum dengan sifat dia yang cool  tu.
Pernah dia menunggu aku hampir enam jam. Tapi sikit pun dia tak marah..even muka dia nampak letih sangat. Dan sungguh, aku rasa terharu gila masa tu.


Konklusinya, kalau kita nak jadi orang yang penyabar, berkawanlah dengan orang-orang yang sabar. Dan..jangan pula kita ambil kesempatan di atas kesabaran mereka itu. =)



16 December 2012

Dia di Hati : 1

"Eh..ada gred C la! Memang dapat lima je la ni" kataku dalam hati apabila melihat bahagian bawah slip keputusan peperiksaan itu.

"Tahniah...awak dapat 8A 1C" kata Cikgu Wiwi.

"Ya Allah..saya dapat 8A cikgu? Alhamdulillah.." bergenang air mataku saat itu. Manakan tidak, yang diharapkan cuma lima. Ah..tak sabar rasanya nak beritahu ibu dan ayah.


Setelah itu, aku mula bersalam dengan rakan-rakanku. Selepas ini, mungkin sukar untuk bertemu dengan mereka memandangkan aku terpaksa berpindah ke daerah lain yang jauh dari sini. Rasa begitu sayang untuk meninggalkan sekolah yang telah memberiku banyak ilmu selama tiga tahun ini.

Sedang aku melayan rasa sayu, tiba-tiba datang Ida, rakan sejak sekolah rendah.

"Hai Nini. Apa khabar?" kata Ida.

"Sihat je..Alhamdulillah" jawabku.

"Dengar kata kau dah pindah eh?"

"Ha'ah..aku pindah lepas PMR hari tu."

"Oh..ni ada pesanan daripada Omar" Ida berkata sambil menghulurkan secebis kertas kepadaku.

"Dia pesan suruh kau contact dia. Dia tak tahu pun kau dah pindah"

Aku tersentak mendengar namanya. Namun kusambut juga huluran kertas itu.

"Thanks Ida. Aku nak balik dulu ni. Panjang umur, jumpa lagi"

"Yelah..kau jaga diri baik-baik tau. Nanti contact-contact la.."

"Insya-Allah.." jawabku.

Setelah itu, aku berjalan perlahan menuju ke kawasan parkir kereta di mana ayah dan ibu sedang menunggu dengan debaran di dada. Sambil berjalan, aku melihat kertas yang diberikan oleh Ida tadi. Rupa-rupanya nombor telefon Omar.

Teringat situasi sebelum berpindah dahulu. Aku memang berazam tidak mahu memberitahunya lantaran rasa kecil hati. Dalam hati aku berbisik 'Ingatkan aku takkan dapat berhubung dengan kau lagi.' Namun, kusimpan juga kertas itu di dalam beg. Tapi kalau tak simpan pun tak apa. Setakat tujuh nombor tu, boleh je aku ingat dalam masa yang singkat. Lebih-lebih lagi sebab itu nombor telefon Omar. Entah kenapa aku terlalu mudah untuk mengingati segala-galanya tentang dia.

Tidak sedar aku semakin menghampiri kereta ayah. Kupamerkan riak wajah biasa. Tidak gembira, tidak sedih. Sampai di kereta, dengan tidak sabar, ibu bertanya. "Macam mana resultnya?"

Aku senyum je dan tanpa sepatah kata, aku hulurkan slip keputusan itu.

"Alhamdulillah..anak kita dapat 8A bang.." Ibu berkata dengan penuh kesyukuran. Jelas riak kegembiraan di wajahnya.

Cepat-cepat aku menukas "Tapi ada 1C lah ibu..hehe"

"Tak apalah..subjek yang dapat C tu memang Nini tak minat pun dari dulu.." Ibu menjawab.

Hehe apa boleh buat, subjek Bahasa Arab tu memang aku tak dapat nak bawa. Masa mula-mula masuk Form One dulu memang excited nak belajar Bahasa Arab. Tapi masuk pertengahan Form One, minat tersebut hilang sedikit demi sedikit. Bagiku subjek Bahasa Arab tersangatlah susah. Mungkin juga aku mengalami masalah dalam menguasai bahasa asing, selain Bahasa Melayu.

Ahh tak kisahlah..Yang penting masuk Form four  ni nanti aku tak mahu ambil Bahasa Arab. Itu tekadku.


Dia di Hati : 2

Entah kenapa hatiku berdebar-debar menunggu panggilan dijawab. Bukan tak pernah cakap dengan dia. Tapi kali ni lain rasanya. Mungkin sebab aku rasa bersalah dengannya. 

"Assalamualaikum. Helo." suara di sana menjawab. Suara lelaki. Suara Omar! Aku cukup kenal dengan suaranya.

"Err waalaikumussalam. Boleh cakap dengan Omar?" Walaupun kenal suara, kena juga ambil langkah berjaga-jaga kan. Kadang-kadang telinga ni pandai juga buat trick.

"Ni Omar. Ni siapa? Nini ke?" Oh!! Dia cam suara aku. Terus hatiku rasa berbunga-bunga.

"Ha..ni aku la ni. Kau sihat Mar?" langsung berubah nada aku. Terbang sudah rasa bersalah. Hehe

"Sihat je..Alhamdulillah. Kenapa kau pindah tak beritahu aku? Aku siap lalu depan rumah kau tau."
direct Omar menembak aku.

Aku terdiam selama lima saat lalu menjawab "Sorry.."

"Takpela..kau amacam? Sihat?"

"Sihat juga..hihi. Macam mana result ko? Mesti best kan?"

"Biasa je la.."

Omar....biasa pada dia memang sangat luar biasa lah pada aku.

"Biasa tu macam mana? Beritahula.."
"Result kau macam mana?" Dia cuba berdalih.

"Aku tak pandai macam kau..dapat 1C"

"Lagi?"

"8A"

"Ha...okehla tu!!"

"Tapi ada C kan..Kau dapat apa? Beritahulah"

"Aku sama macam kau la..8A. Apa yang kau C?

"Bahasa Arab. Huhu"
"Hahahah padan muka kau. Siapa suruh ambil Bahasa Arab!"

Okeh..di situ dia sangat jahat kerana mentertawakan aku tanpa rasa bersalah. Rasa geram juga. Tapi sebab yang cakap tu Omar. Jadi aku tak ambil hati pun.

Seterusnya, aku berbual dengan dia di public phone. Ada dalam 15 minit juga aku bercakap. Yang penting, lepas cakap dengan dia, aku rasa gembira. 


15 December 2012

Warna-warna itu indah

Setiap orang ada warna kegemaran yang tersendiri. =)



Aku sangat suka purple & pink.
Kalau pergi kedai tu, yang nampak cantik kat mata ni biasanya 2 warna ni lah..
Sampai kadang-kadang ibu naik stress! hehe
Sebabnya...ibu TAK SUKA kaler purple. Pada dia purple tu kaler lebam.
Dia suka merah!!

Sebenarnya warna kegemaran ni sedikit-sebanyak melambangkan personaliti kita jugak.
Contohnya macam ni:

Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.
Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.
Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.
Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.
Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.
Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.
Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.
Kuning terang – Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.
Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.
Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.
Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.
Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.
Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

(sumber: http://doktorcintaz.wordpress.com/category/rahsia-personaliti/)

Macam-macam lah kan..
Ada orang pulak suka warna-warni.
Pada aku, warna-warni menunjukkan seseorang tu riang, ceria. =)